Saturday, March 16, 2013

sabar itu indah

assalamualaikum wbt
bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah utk hari ini ya Allah.okay hari ni saya nak bercerita atau berkongsi dgn sape2 yang baca blog ni cara2 kita nak menghadapi ujian Allah.hidup ni memang xsah kalau xdiuji.saya xde laa hebat dari segi ilmu,byk yang nak kena belajar and perbaiki tapi yg sikit ni nak dikongsi jugak laaa moga moga bermanfaat utk kita semua.

ujian dtg kdg2 waktu yang kita paling tak jangka.semalam kita gembira hari ni boleh berubah 360 darjah jadi sedih gundah gulana.tapi kalau kita hadapi dan guna ujian yang Allah beri kepada kita dgn sebaiknya,insyaAllah kita akan nampak banyak rahmat sbnrnya yg dtg bersama ujian ni.kita kena ubah cara kita berfikir baru senang kita nak nampk hikmah2 n bila kita da nampak kita akan bersyukur dgn ujian tuu and sgt senang insyaAllah utk kita redha dan bersabar. Allah berfirman dlm surah al baqarah ayat 153 

"hai orang2 beriman,mintaklah pertolongan Allah dgn sabar dan mengerjakan solat,sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar"

dalam ayat ni Allah da bagi kita solusi kpd apa jugak masalah kita.kalau kita ada masalah mintak pertolongan Allah..Allah xsuh kita settlekan sendiri pun..pengasihnya Allah ni Dia just suruh kita mintak pertolongan daripadanya..mcm mana nak mintak?dgn sabar dan solat.bila ditimpa dugaan kalau nak menangis silakan..menangislah sebanyak mana yang anda nak,merayulah pada Dia.sesungguhnya Allah maha mendengar.dalam tangisan itu selit lah dalam hati kepercayaan bahawa ujian Allah ini tiba kerana Allah sayang kan kita..Dia rindukan kita,Dia nak kita bergantung pada Dia.kembalilah kepada jlnNya insyaAllah kita akan makin tenang utk redha dgn ketentuanNya.kita kena igt tujuan asal kita diciptakan..utk menjadi hambaNya and Allah dah ckp awal2 yg org beriman akan diuji dan berilah khabar gembira pada orang yang sabar.cara yang seterusnya ialah bersangka baik dgn Allah.berdoa dan bertaubatlah mintak diampunkan.apabila kita meletakkan diri kita di tempat yg selayaknya seorang hamba kita akan akur dgn takdir.sebagai contoh,Allah beri kita kesakitan..kita cuba sedaya upaya utk berubat.kdg2 dah byk ubat kita try tp still xberkesan..mungkin Allah nk kita tahu yang menyembuh itu Allah bukan ubat.sebab tu kita kena mintak dgn Dia.apa pun yang membawa kita dekat dgn Allah itu rahmat xkiralah penyakit ke,kesenangan ke..

bila dugaan datang ingatlah untuk sentiasa bersangka baik,bersabar redha dan sematkan rase kebergantungan pada Allah.Bila kita buat semua ni insyaAllah segalanya akan dipermudahkan..

semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua di dunia ini

Wallahualam ;)
Share:

0 comments: